SELAMAT DATANG KE BLOG KOME ORANG SANGGANG

Tuesday, July 14, 2020

Hel-hel Yang Bersangkut Dengan Agama

SELAWAT YANG IKHLAS

Ada banyak kelebihan selawat itu jika diamalkan secara ikhlas. Selawat adalah salah satu kaedah yang telah Allah SWT ajar kepada kita untuk menyelesaikan kemelut nafsu Ammarah dan Lawwamah.Nabi Adam a.s. manusia pertama di dunia, juga menyelesaikan kemelutnya ketika dikeluarkan daripada Syurga, iaitu bertawassul dengan menggunakan nama Nabi Muhamad SAW. Apabila Nabi Adam a.s. tercampak ke dunia, selama empat puluh tahun, baginda menangis memohon keampunan daripada Allah Taala.Setelah diketemukan semula baginda dengan isterinya Hawa, iaitu di Jabal Rahmah, Adam a.s. dibuka kasyafnya oleh Allah Taala untuk melihat perkataan. Perkataan ini dilihat oleh Nabi Adam a.s tertera di tiang arash Syurga. Dengan menggunakan kebesaran dan keberkatan nama Nabi Muhamad SAW, Adam a.s. memohon keampunan daripada Allah sambil mengucap dua kalimah syahadah ini.Allah Taala kemudiannya mengampunkan Nabi Adam a.s. Contoh lain ialah kisah Qabil dan Habil (anak Nabi Adam a.s). Ketika Qabil yang telah membunuh saudara kandungnya Habil, sedang ditenggelamkan oleh Allah SWT hingga ke paras pinggang ke dalam tanah, tiba-tiba teringat dia akan pengalaman ayahnya iaitu Nabi Adam a.s. lalu Qabil bertawassul dengan kebesaran dan keberkatan nama Nabi Muhamad SAW, sehingga azabnya diringankan daripada ditelan bumi kepada dicampakkan sahaja di tengah-tengah padang pasir.Antara Kelebihan Membaca Selawat adalah:

1. Para Malaikat akan berselawat pula ke atas pembaca selawat itu dan Allah akan menurunkan rahmatNya.

2. Allah akan mengurniakan kekayaan seumur hidupnya mereka yang berselawat 500 kali sehari, insya Allah akan memperoleh kemenangan dan keselamatan selamanya.

3. Akan terhapus sifat marah dan terjauh dari bala bencana menjadi kekasih kepada kekasih Allah.

4. Terhindar daripada mengalami kesukaran untuk mencapai sesuatu yang dihajati. Mendapat rezeki yang berkat, berhasil hajatnya dan terlindung daripada bala bencana.

5. Mendapat syafaat di dunia dan di akhirat.

6. Allah akan menggandakan limpah kurnia serta Rahmat kepadaNya orang tersebut.

7. Akan beroleh syafaat kepada Rasulullah padahari kiamat kelak.

8. Satu kali selawat yang dibacakan, Allah akan membacakan untuknya sebanyak sepuluh kali.

9. Dapat membersihkan hati, jiwa dan roh kotor yang berselaput di dalam dada.

10. Membuktikan kecintaan dan kasih sayang kita terhadap Rasulullah SAW.

11. Mewariskan kecintaan Rasulullah SAW pada umatnya.

12. Memantapkan iman di dalam dada.

13. Malaikat juga akan membaca selawat ke atas orang yang membaca selawat untuk Rasulullah SAW.

14. Seseorang itu akan terpelihara dan terselamat dari segala apa yang mendukacitakan atau yang merbahaya dari hal-hal keduniaan mahupun akhirat.

15. Kedudukannya di akhirat kelak ia sentiasa hampir di sisi Rasulullah SAW walau di mana saja baginda berada.Wallahua’lam


PERNIAGAANAhad yang lepas, aku melihat satu rancangan di Astro Oasis di hostkan oleh Dato’ Fadhilah Kamsah. Tapi lupa rancangan apa. Syarahannya amat memukau sesiapa yang menonton. Antara kata-kata dari beliau adalah:Jika anda selesa dengan kerja makan gaji, teruskanlah. Tapi jika anda seorang yang bermotivasi tinggi, sentiasa berfikiran positif, yakin pada diri, sentiasa berhasrat menambah pendapatan dan tidak mudah kecewa, anda perlu berniaga. Kerana “PERNIAGAAN ITU ADALAH 9/10 DARI KEKAYAAN”Sebelum akhir rancangan aku sempat taip di Nokia iaitu “Punca Rezeki Menjadi Sempit” antaranya:• Niat hati yang kotor• Tidak membayar zakat• Putuskan hubungan silatrurrahim• Tinggalkan solat• Derhaka kepada Ibu Bapa• Tidak membayar hutangBagi mereka yang sedang berniaga amalkan surah Al-Waqiah, ia amat berguna untuk prestasi perniagaan anda. InsyaAllah. Sampai di sini sahaja dulu ye.
Sekian, Assalamualaikum.

Desus Desas

MASA YANG BERLALU


Assalamualaikum seme weh!!!
Kita sekarang dah masuk hari kedua dan nok hari ketiga bulan July 2020. Kita sudah masuk ke pertengahan 2020. Deraslah kita sama-sama kita check balik pencapaian kita cemane, ibadah kita cemane, sumbangan kita cemane. Ok ke tidak perangai kita 6 bulan lepas? (telah berlalu dan tidak akan kembali lagi) Cemane dengan pembaikan diri kita setakat ini? Kita tidak boleh syok sendiri, bangga dengan pencapaian kita. Seharusnya, inilah masa yang sesuai untuk kita check kalbu kita. Mana tau ada terselit negatif di mana-mana.
Awok hendak mahukan sesuatu?

Berusahalah mendapatkannya.

Jadikan kemahuan Anda itu satu matlamat yang MESTI dicapai.

Usah fikirkan perkara lain buat masa ini.

Katakan pada diri sendiri yang Anda mahu mencapai apa yang Anda mahu,walau dengan apa cara sekalipun.

Kemahuan yang membuak-buak membuat kita memiliki dorongan energi yang kuat,kesannya membuat motivasi dalam diri kita menyala-nyala sentiasa.

Ramai di kalangan kita kehilangan suntikan motivasi simply sebab kemahuan kita sentiasa berubah-ubah, seiring dengan perubahan selera.

You want something? Go get it!

InsyaAllah........




UBAH PERANGAI DAN SIKAP

Sudah menjadi lumrah orang sekeliling kita cepat bersangka buruk. Kenapa ya? Sebab setiap hari mereka mendedahkan diri pada yang buruk-buruk. Mereka membaca berita yang memaparkan situasi buruk, membaca laporan berita yang memaparkan emosi buruk seperti ketidakpuashatian, kemarahan, kegeraman. Dalam masa yang sama, mereka bercakap tentang keburukan orang lain – keburukan sikap rakan-rakan bahkan keburukan adik beradik sendiri.

Kita tak akan dapat mengelak dari bergaul dengan orang yang cepat bersangka buruk. Ada kalanya bersangka buruk itu baik sebab ia mendedahkan kita kepada perkara-perkara yang mungkin kita akan jumpa lalu kita kena bersedia menghadapinya. Tapi, sangkaan buruk lebih cepat meresap ke dalam minda berbanding sangkaan baik lalu menghancurkan kita perlahan-lahan, sedikit demi sedikit. Untuk membuat kita sentiasa bersangka baik, berfikirlah yang baik-baik pada setiap situasi, pada perbuatan setiap orang dan pada setiap benda yang ada di sekeliling kita. Fikiran kena selari dengan perbuatan dan percakapan. Maknanya, selain fikiran yang bersangka baik, kata-kata kita kena diubah menjadi kata-kata yang baik. Perbuatan kita kena di upgrade menjadi perbuatan yang baik-baik. Sikap serta perangai kita mesti di ubah menjadi semakin baik, bertambah baik dari sehari ke sehari.
Insyaallah!!!!!!!








Usek-usek

Bercakap mengenai kawan, kita tak lekang dek kawan. Dari kecil sampai ke tua kita dikelilingi oleh kawan kawan. Macam macam kawan. Kawan masa kecil, kawan sekolah, kawan sepermainan, kawan belajar, kawan mengaji. Lepas itu bila besar sikit ada pulak kawan berseloroh, kawan menceceh, kawan bergaduh, kawan berjalan, kawan melepak,kawan belajar, kawan kesekolah, dan bila besar sikit lagi, ada pulak kawan mencuri, kawan berjudi, kawan mengorat, kawan mencarut, kawan seiringan, kawan sejalan, kawan senasib, kawan perempuan, kawan lelaki, kawan sejati dan macam macam kawan. Kategori kawan adalah umum.
Akhirnya diantara kawan kawan tadi, ada kawan curang, ada kawan penipu, ada kawan pembelit, ada kawan ambil kesempatan, ada kawan yang menikam belakang dan macam macam kawan yang durjana. Diantara kawan kawan yang bermacam macam itu, timbullah sahabat. Sahabat ini pun macam macam juga termasuklah sahabat pena, sahabat diperantauan, sahabat karib dan sebagai lagi. Sahabat dalam kategori ini lebih bermakna dan adakalanya lebih baik daripada adik beradik. Tanggungjawab sahabat lebih dari jiran. Kalau kita berjauhan dengan ibu bapa, sahabatlah yang mengambil berat tentang kita semasa kita dalam kesusahan dan dalam keadaan yang amat memerlukan bantuan dan sebagainya. Begitu juga kalau sahabat kita yang telah berumahtangga jika mempunyai masalah rumahtangga sahabat jugalah yang menjadi pendamai dan meluahkan perasaan, sahabatlah saudara kita. Didalam persahabatan lahirlah kasih.
Kasih dan sayang. Lalu diibaratkan orang seperti:-
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih ayah sepanjang masa, Kasih saudara (adik beradik) sama sama berada,

Kasih sahabat menudung malu, Itulah sahabat.
Pengertian sahabat menudung malu sukar dicari.
Dalam seribu satupun payah dapat.

Apabila kita bersahabat terlalu ramai, sahabat itu akan jadi serupa balik dengan kawan kawan. Jadi istilah dan makna sahabat tidak dapat ditakrif sebagai yang benar benar genuine. Oleh hal yang demikian berkawan kawanlah untuk mendapatkan sahabat sejati

Koi nok sambung sikit lagi, ini bukannya koi mengata tapi realitinya, ada orang telah pergi haji bebera kali, malahan telah dilantek menjadi Imam Surau dan juga Pengerusi Surau, tetapi apa yang menyedihkan ialah mulutnya yang celepur / lepas ajer apa yang hendak dikatanya, dari kata2nya membolehkan mengaibkan atau terasa dihati seseorang... ini lah perkara yang tak baiknya sebagai seorang pemimpin masyarakat dan juga sebagai seorang boleh dikatakan seorang yang dikatakan Alim tetapi mulutnya MasyaAllah ........ Ada ke semasa dia berkata2 perkara yang boleh menyentuk perasaan orang  lain dari hatinya??, Kalau datang dari hatinya DIA boleh dikatakan orang yang tidak baik, kita selalu mendengar dari khatubah Jumaat mengatakan "Didalam tubuh badan kamu itu ada segumpal daging, kalau baik ia, maka baiklah keseluruhannya, jika buruk ia maka buruklah keseluruhannya, benda itu adalah HATI. 




Budaya Persaudaraan

Kali ini koi nok tulis sikit pasal budaya, semuanya ini adalah pendapat koi belaka, kalau ade cakap-cakap koi nanti yang menyentuh perasaan, koi minta maaf laa yak. Mula-mula kita sama-sama difinasikan apa itu budaya, dalam Kamus Dewan ertikata budaya ialah 

 (1.) Tamadun , peradapan – Islam 

(2.) Kemajuan berfikir , akal budi (cara berfikir, berkelakuan ).


Apa yang koi nok ketengohkan buat kali ini iaitu nilai-nilai Budaya Persaudaraan pada masa dulu dan masa kini, dalam nilai –nilai budaya ini kita boleh bahagikan kepada dua :

Budaya persaudaraan Budaya Kejiranan / Kekampongan (Masyarakat)Budaya persaudaraan – bagi koi yang telah hidup lebih daripada 67 tahun Budaya Persaudaraan (*Tamadun/Peradapan) masa kini dan masa lampau adalah jauh berbeza dari segi perhubungan salatulrahmi – ( "Silaturahmi dimaksudkan untuk kerabat, yaitu yang punya hubungan nasab, baik saling mewarisi atau tidak, begitu pula masih ada hubungan mahrom ataukah tidak." ) – kalau kita toleh pada zaman tujuh pulohan dulu perhubungan kekeluargaan sangat boleh banggakan, dengan adanya perhubungan salatulrahmi, maka kita dapat mengenali perhubungan kekeluargaan dengan lebih intim, kunjung mengunjungi diantara kekeluargaan, lebih-lebeh lagi pada Hari Raya contohnya. Kalau dulunya kita boleh mengenali saudara-saudara jauh yang masih menpunyai perhubungan persaudaraan. Dan sekarang kita lihat pulak pada zaman kini, apakah perhubungan Salaturahmi ada terjalin saperti zaman dulu? Koi jawab!! Tidak ada lagi……. Ada kalanya ada diantara anak-anak kita atau kita sendiri tidak lagi mengenali anak-anak buah kita, saudara-saudara terdekat atau jauh. Sebagai contoh koi sendiri, anak-anak kepada dua pupu koi munkin dah tak mengenali koi lagi!!! dan banyak lagi contohnya yang ada ada diantara kita.


Deras lah kita fikirkan bersama akan budaya yang koi perkatakan sekarang. Kita sedia maklum akan peredaran zaman yang semakin moden maka Budaya Tamadun / Peradapan lama semakin terhakis dengan mengikut arus zaman, nilai –nilai budaya masa dulu semakin hilang dek zaman, seolah-olah nilai-nilai tersebut dah tak diambil endah oleh masyarakat masa kini sedangkan kita jangan lupa Budaya tersebut ada kaitannya dengan keagamaan kita yang tidak boleh ambil ringan dengan keadaan tersebut. 

Pada pandangan koi keadaan ini terjadi disebabkan oleh ego atau diambil ringan dengan peradapan tsb, adakalanya kehilangan peradapan itu disebabkan pada status seseorang itu, misalnya kalau dia seorang Dato' atau Doktor, apakah dia akan pergi kerumah saudara-saudara tua yang keadaan yang daif??? agaknya apa yang akan terjadi pada jenerasi yang akan datang kalau gejala ini tidak diperbetulkan dari sekarang, koi kira ini semua adalah tanggungjawab ibu/bapa, dengan tidak mengindahkan peradapan tersebut, hanya diambil ringan dengan keadaan tsb.

Wallahualam !!!!!